Friday, April 24, 2009

SPTS



Sukan Prestasi Tinggi Sekolah

Memanah merupakan salah satu sukan yang telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam Program Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah. Ini bersesuaian dengan matlamat negara yang ingin menjadikan sukan memanah sebagai pemangkin kepada kecemerlangan sukan di peringkat antarabangsa. Sukan memanah telah diletakkan sebagai sukan elit di dalam takwim Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.
Kecemerlangan tidak boleh dicapai dalam jangka masa pendek. Ia memerlukan satu jangka masa yang teratur dengan perancangan serta strategi perlaksanaan berjadual. Bagi merealisasikan program pembangunan dan kemajuan sukan memanah dapat berkembang dengan jayanya maka satu perancangan yang tersusun dan menyeluruh perlu dirangka bagi tempoh 3 tahun bermula dari tahun 2008 hingga 2010.
Perancangan ini adalah bertujuan memberikan peluang kepada semua pelajar untuk menyertai Sukan Memanah supaya Negara memperolehi bakat yang terbaik bagi mengharumkan negara dipersada sukan antarabangsa. Perancangan ini juga menjadi panduan kepada semua pemimpin sukan, pegawai dan jurulatih bagi meningkatkan lagi penglibatan atlet-atlet Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia di peringkat Sukan SEA, Kejohanan Remaja Asia, Kejohanan Remaja Dunia, Sukan ASIA, Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia.


2. RASIONAL
2.1 Untuk meningkatkan penglibatan lebih ramai atlet memanah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
2.2 Memberi pendedahan kepada atlet-atlet untuk menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
2.3 Mempertingkatkan disiplin atlet melalui aktiviti sukan dan permainan yang diceburi.
2.4 Memperbanyakkan prasarana sukan seperti lapang sasar memanah, pusat latihan dan peralatan sukan memanahyang lengkap dan terkini.
2.5 Memberi peluang kepada jurulatih dan atlet menggunakan kemudahan dan prasarana yang ada secara lebih efektif.

3. MATLAMAT
3.1 Melahirkan atlet-atlet yang mampu mengharumkan nama Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Negara Malaysia di kejohanan kebangsaan dan antarabangsa.
3.2 Untuk menambah prasarana sukan memanah untuk tujuan latihan dan pertandingan.
3.3 Menyediakan pusat latihan yang lengkap bagi atlet-atlet MSS Daerah, MSS Negeri dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.
3.4 Menarik minat pelajar-pelajar untuk menceburi sukan memanah.
3.5 Melahirkan jurulatih yang berkaliber dan mampu melatih atlet-atlet di semua peringkat.
3.6 Menjadikan sekolah sebagai tapak untuk melahirkan atlet-atlet yang berpotensi.

4. PROGRAM YANG DIRANCANG
Untuk mencapai sasaran yang ditetapkan maka satu program yang sistematik dan terancang perlulah diwujudkan di semua negeri. Justeru, program ini dicadangkan:
4.1 Ini merupakan satu program yang menyeluruh dan merangkumi, latihan, program mengenalpastibakat ( TiD), pembangunan atlet, kejurulatihan, kehakiman, teknikal, insentif dan penghargaan, kumpulan sokongan, perhubungan (linkage), perbelanjaan dan kemudahan latihan yang terbaik untuk kemajuan sukan memanah.
4.2 Program Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah ini mengambil masa 3 tahun iaitu dari 2008 hingga 2010.
4.3 Membekalkan Sekolah Sukan Negeri dan Sekolah Sukan Malaysia dengan atlet-atlet yang berpotensi dan berkualiti.
4.4 Wawasan program ialah untuk melihat lebih ramai atlet sekolah mewakili negara dalam Sukan SEA, Sukan ASIA, Kejohanan Remaja Asia, Kejohanan Remaja Dunia, Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia.

5. PROGRAM
5.1 Program ini merangkumi :-
5.1.1 Program Jangka Pendek.
5.1.2 Program Jangka Panjang.

5.1.1 PROGRAM JANGKA PENDEK
5.1.1.1 Di bawah program ini, atlet-atlet yang berpotensi yang berumur 15 tahun dan 16 tahun serta memenangi pingat dalam Kejohanan Memanah MSSM 2007 akan ditempatkan ke Sekolah Sukan Negeri masing-masing.
5.1.1.2 Atlet-atlet ini akan berlatih di bawah pengawasan jurulatih sepenuh masa dan diberi latihan pendedahan pertandingan berprestasi tinggi untuk mereka mencapai kemuncak prestasi pada tahun 2010.

5.1.2 PROGRAM JANGKA PANJANG
5.1.2.1 Di bawah program ini, atlet 12 tahun ke bawah akan diberi latihan yang berbentuk Little Archers dengan jarak sesuai dengan umur mereka. Setiap atlet akan dimestikan menguasai kemahiran memanah pada jarak yang ditetapkan. Atlet akan diuji prestasi pada jarak 30 meter pada setiap kali Ujian Prestasi.
5.1.2.2 Atlet-atlet yang mencapai markah 1100 semasa Ujian Prestasi dan menjadi JOHAN dalam Kejohanan MSS Daerah dan Kejohanan MSS Negeri akan ditempatkan di Pusat Latihan Daerah (PLD) yang akan ditubuhkan. Setiap pusat akan mengambil 20 orang atlet untuk program Little Archers.
5.1.2.3 Pertandingan di antara Pusat Latihan Negeri dan negeri akan diadakan sekurang-kurang 3 kali setahun.
5.1.2.4 Atlet yang berumur bawah 15 tahun akan didedahkan kepada latihan spesifik dan peralatan Advance dan terbaik masa kini. Peralatan akan dibekalkan sepenuhnya memandangkan harga peralatan diluar kemampuan atlet untuk dibeli sendiri. Pemilihan atlet dibuat melalui kejohanan MSS Negeri dan mengenalpasti bakat.
5.1.2.5 Bagi atlet-atlet yang berumur 15 tahun yang menunjukkan prestasi yang baik atau telah memenangi pingat di Kejohanan MSSM dan mereka telah mencapai Score 1200 markah dalam kejohanan tersebut, mereka akan diserap masuk ke Sekolah Sukan Malaysia atau Sekolah Sukan Negeri untuk berlatih secara sepenuh masa.


6. PUSAT LATIHAN
6.1 Pusat Latihan Daerah (PLD) / Pusat Latihan Zon (PLZ) / Pusat Latihan Bahagian ( PLB).
Pusat Latihan Daerah akan ditubuhkan di seluruh negara untuk melatih atlet-atlet yang telah dikenalpasti.
6.1.1 Sebanyak 192 pusat latihan daerah akan ditubuhkan di seluruh negara agihan 1 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah. (Rujuk Lampiran)
6.1.2 Setiap pusat akan mempunyai seramai 20 orang atlet iaitu 10 orang atlet lelaki dan 10 orang atlet perempuan yang lulus saringan TID.
6.1.3 Seramai 2 orang jurulatih bertauliah dengan agihan 1 jurulatih lelaki dan 1 jurulatih wanita akan ditugaskan untuk mengendalikan latihan di setiap sekolah di Pusat Latihan Daerah.

6.2 Sekolah Sukan Negeri
6.2.1 Sekolah Sukan Negeri juga merupakan pusat latihan kepada
atlet-atlet berpotensi di negeri berkenaan.
6.2.2 Atlet-atlet berpotensi tetapi tidak dapat ditempatkan ke Sekolah Sukan Malaysia juga akan ditempatkan di Sekolah Sukan Negeri.
6.2.3 Sekolah-sekolah ini perlu memiliki lapang sasar dengan jarak 50 meter minimum, 10 buah target buttress serta 10 set alatan memanah Advance dan 10 set alatan memanah Intermediate.

6.3 Sesi Latihan
6.3.1 Setiap pusat akan mengadakan sekurang-kurangnya 4 sesi latihan seminggu dengan setiap sesi selama 3 jam dengan jumlah minimum selama 12 jam seminggu.
6.3.2 Dicadangkan latihan diadakan pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.
6.3.3 Jadual latihan harian, mingguan, bulanan dan program tahunan seperti lampiran.

7. PERTANDINGAN PENDEDAHAN
Pertandingan-pertandingan berikut dicadangkan untuk atlet-atlet di Pusat Latihan Daerah. (Rujuk Lampiran )
7.1 12 Tahun Ke Bawah
7.1.1 Ujian Prestasi Memanah.
7.1.2 Kejohanan Daerah
7.1.3 Kejohanan MSSM Negeri
7.1.4 Kejohanan MSSM Kebangsaan.
7.1.5 Kejohanan antara Pusat Latihan Daerah.
7.1.3 Sirkit Little Archers di antara Sekolah Sukan Negeri.
7.1.4 Sirkit Remaja Kebangsaan MSN/MSSM/NAAM.

7.2 15 Tahun Ke Bawah
7.2.1 Ujian Prestasi Memanah PLD.
7.2.2 Kejohanan Memanah MSSM Daerah.
7.2.2 Kejohanan Memanah MSSM Negeri.
7.2.3 Kejohanan Memanah MSSM Kebangsaan.
7.2.4 Sirkit Antara Pusat Latihan Negeri
7.2.5 Sirkit Remaja Kebangsaan MSN/MSSM/NAAM
7.2.6 Karnival Memanah Sekolah Sukan Negeri.
7.2.7 Kejohanan Remaja Asean, Asia dan Dunia.

7.3 15 Tahun Ke Atas
7.3.1 Ujian Prestasi Memanah PLD.
7.3.2 Kejohanan Memanah MSSM Daerah/Zon
7.3.2 Kejohanan Memanah MSSM Negeri.
7.3.4 Kejohanan Memanah MSSM Kebangsaan.
7.3.5 Kejohanan Memanah Remaja Asean.
7.3.6 Kejohanan MemanahRemaja Asia.
7.3.7 Kejohanan Memanah Remaja Dunia.
7.3.7 Program Attachment untuk atlet-atlet yang berpotensi.
8. KEJURULATIHAN
Kursus-kursus kejurulatihan berikut dicadangkan untuk melengkapkan
jurulatih-jurulatih dengan pengetahuan yang lebih tinggi:-
8.1 Kursus Kejurulatihan Asas MSSM.
8.2 Kursus Kejurulatihan Memanah MSSM Level 1.
8.3 Kursus Kejurulatihan Memanah MSSM Level 2.
8.4 Kursus Kejurulatihan Memanah Skim Kejurulatihan Kebangsaan MSN Level 1.
8.5 Kursus Kejurulatihan Memanah Skim Kejurulatihan Kebangsaan MSN Level 2.
8.6 Kursus Sains Sukan Tahap 1, 2 & 3.
8.7 Seminar Kejurulatihan SEAAF, AAF, IOC dan FITA.
8.8 Program Attachment untuk jurulatih ke luar negara bersama atlet kebangsaan.
8.6 Kursus Fisioterapi dan kursus untuk mengendalikan kecederaan.
8.7 Kursus Pemakanan dalam Sukan untuk jurulatih.
8.8 Kursus Teknikal dan Pengurusan Sukan Memanah.
8.9 Kursus Refresher - Kursus ini akan diadakan dari semasa ke semasa untuk membolehkan idea-idea dan kaedah-kaedah baru disampaikan
kepada para jurulatih. Jurulatih-jurulatih kebangsaan atau luar negara yang berpengalaman akan dijemput mengendalikan kursus ini.

9. PRASARANA SUKAN
Menyediakan kemudahan asas untuk setiap pusat latihan daerah seperti berikut :-
9.1 Mengadakan Lapang Sasar Memanah disetiap PLD untuk latihan.
9.2 Membekalkan 10 buah Target Buttress.
9.3 Membekalkan 10 set alatan memanah jenis Advance.
9.4 Membekalkan 10 set alatan memanah jenis Intermediate.
9.5 Membekalkan 40 dozen anak panah berkualiti setiap tahun.
9.6 Membekalkan kelengkapan baik pulih peralatan bagi menjimatkan kos penyelenggaraan peralatan memanah.
9.7 Bilik gimnasium serta peralatan yang lengkap.
9.8 Mengadakan stor simpanan peralatan.










10. INSENTIF

Insentif diberikan kepada para jurulatih dan atlet di pusat-pusat sukan yang ditubuhkan sebagai satu galakan kepada penggiat sukan memanah ini.
10.1 Jurulatih
Jurulatih terbahagi kepada dua iaitu jurulatih luar negara dan jurulatih tempatan.

10.1.1 Jurulatih Luar Negara
Terdiri daripada jurulatih luar negara yang berkemahiran dan bekerja dengan Kementerian Pelajaran Pelajaran dihantar bertugas di pusat-pusat latihan yang di pilih secara sepenuh masa. Kadar bayaran insentif adalah gaji yang di persetujui oleh oleh kedua-dua pihak.

10.1.2 Jurulatih Tempatan
Insentif dibayar adalah berdasarkan kelayakan dan kemahiran jurulatih. Tahap kelulusan Sains Sukan dijadikan panduan dalam memberikan kadar insentif.




10.2 Jurulatih Sepenuh Masa
Dikalangan kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia, guru ataupun bukan guru, yang berminat dengan satu jawatan baru yang diwujudkan dalam perjawatan seperti Guru Jurulatih Sukan Sepenuh Masa.

10.2.1 Diberikan kadar gaji semasa.
10.2.2 Tambahan 3 kenaikan gaji.
10.2.3 Elaun mengikut kelayakan (Tahap Sijil Sains Sukan)
10.2.4 Elaun khas (pakaian, perjalanan)

10.3 Jurulatih Sambilan.
Dikalangan kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia, guru ataupun bukan guru, yang berminat dengan dengan tugasan sebagai Jurulatih sukan di Pusat Latihan Daerah tetapi masih menjalankan tugas mengajar di sesebuah sekolah.

10.3.1 Diberikan elaun asas pada kadar RM500 sebulan
10.3.2 Elaun mengikut kelayakan
10.2.3 Elaun khas (pakaian, perjalanan)



10.4 Atlet
10.4.1 Biasiswa Sukan Tetap RM200 sebulan.
10.4.2 Kemudahan Asrama.
10.4.3 Pengecualian bayaran yuran persekolahan.
10.4.4 Elaun menyertai kejohanan
10.4.5 Elaun latihan.
10.4.6 Elaun Pengangkutan.
10.4.6 Insuran Takaful Kelompok.
10.4.7 Elaun Pakaian
10.4.8 Elaun Tuisyen Akademik

10.5 Tenaga Sokongan
Tenaga sokongan yang terdiri dari individu luar yang membantu dari segi penyelenggaraan lapang sasar dan kemudahan latihan akan diberikan kadar gaji atau kadar elaun secara kiraan harian. ( RM30./hari)

11. PEMANTAUAN
Pemantauan akan dilakukan oleh pegawai yang dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. Kedua-duanya akan bertanggungjawab kepada Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
11.1 Satu jawatankuasa di peringkat kebangsaan/negeri dan panel jurulatih akan ditubuhkan dengan ahli-ahli berikut:-
11.1.1 Jawatankuasa Kebangsaan:-
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bahagian Sukan
Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Sukan JPJS
Pengerusi Teknik Memanah MSSM
11.1.2 Jawatankuasa Negeri :-
Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Ketua Unit Sukan Negeri
Pegawai Pelajaran Daerah
Pegawai Sukan PPD
Pengerusi Teknik Memanah Negeri
11.1.3 Panel Jurulatih:-
Ketua Unit Sukan Negeri (Pengerusi)
Pengerusi Teknik Memanah Negeri
Ketua Jurulatih Sekolah Sukan Negeri
Ketua Jurulatih setiap pusat latihan daerah
12. PERHUBUNGAN (Linkage)
Setiap negeri akan bekerjasama rapat dengan Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri, Persatuan Memanah Kebangsaan dan Persatuan Memanah Negeri masing-masing untuk mendapatkan bantuan dan sokongan apabila perlu.
13. PROGRAM SOKONGAN
13.1 Mesyuarat
Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan dan Negeri akan bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun untuk membincangkan dan menambahbaikan program yang dirancang dan menyelesaikan masalah-masalah jika ada.

13.2 Mesyuarat Panel Jurulatih
Panel jurulatih akan mengadakan mesyuarat setiap bulan untuk memberi laporan serta menyelesaikan masalah jika ada.

13.3 Seminar
Memberi peluang kepada semua jurulatih menghadiri seminar kejurulatihan memanah yang diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis Sukan Negeri, Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM), Persatuan Memanah Asia Tenggara (SEAAF), Persatuan Memanah Asia (AAF) dan Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC), untuk membolehkan jurulatih bertukar-tukar pendapat serta mempelajarI sesuatu yang baru dalam sukan memanah..




14. PENUTUP
Kejayaan Program Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah yang dicadangkan bergantung kepada kerjasama yang erat di antara Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri, Majlis Sukan Negara Malaysia, Pejabat-Pejabat Pelajaran Daerah, Persatuan Memanah Kebangsaan dan Negeri serta para jurulatih dan atlet-atlet yang terlibat.

Pihak Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan KPM amatlah berharap agar semua pihak yang terlibat akan memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi bagi memastikan Program Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah yang dirancang akan mendapat kejayaan yang gemilang dan akan mengharumkan nama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan membekalkan atlet memanah yang cemerlang dipersada sukan memanah antarabangsa.

No comments:

Post a Comment