Friday, April 24, 2009

Peraturan Pertandingan



Peraturan Pertandingan Memanah MSSM Versi April 2009



PERATURAN PERTANDINGAN
SUKAN MEMANAH
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA


1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang ‘International Archery Federation’ (FITA) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan akan dijalankan selama ENAM ( 6 ) hari.

2.1.1 1 ( SATU ) hari Sightest Day

2.1.2 3 ( TIGA ) hari Single FITA

2.1.3 1 ( SATU ) hari Pusingan Olimpik Individu Lelaki / Perempuan B18 dan B15

2.1.4 1 ( SATU ) hari Pusingan Olimpik Berpasukan Lelaki / Perempuan B18 dan B15.


2.2 Lelaki Perseorangan dan Berpasukan ( B 18 )

2.2.1 Jarak 90 m

2.2.2 Jarak 70 m

2.2.3 Jarak 50 m

2.2.4 Jarak 30 m

2.2.5 Keseluruhan


2.3 Perempuan Perseorangan dan Berpasukan ( B18 )

2.3.1 Jarak 70 m

2.3.2 Jarak 60 m

2.3.3 Jarak 50 m

2.3.4 Jarak 30 m

2.3.5 Keseluruhan









2.4 Lelaki dan Perempuan Perseorangan dan Berpasukan ( B 15 )

2.4.1 Jarak 60 m

2.4.2 Jarak 50 m

2.4.3 Jarak 40 m

2.4.4 Jarak 30 m

2.4.5 Keseluruhan


2.5 Lelaki dan Perempuan Perseorangan dan Berpasukan ( B 12 )

2.5.1 Jarak 30 m

2.5.2 Jarak 25 m

2.5.3 Jarak 20 m

2.5.4 Jarak 15 m

2.5.5 Keseluruhan


2.6 Pusingan Olimpik ( Lelaki dan Perempuan B 18 dan B 15 )

2.4.1 Jarak yang dipertandingkan ialah 70 m ( Lelaki dan Perempuan B 18 )

2.4.2 Jarak yang dipertandingkan ialah 60 m ( Lelaki dan Perempuan B 15 )

2.4.3 Bagi acara individu, 64 pemanah lelaki dan 64 pemanah perempuan terbaik dalam pertandingan Single FITA dari Kategori B 18 dan B 15 akan memasuki Pusingan Olimpik.

2.4.4 Bagi acara berpasukan, semua pasukan dari Kategori B 18 dan B 15 yang bertanding akan memasuki Pusingan Olimpik Berpasukan.


















3. PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar satu (1) pasukan lelaki dan satu (1) pasukan wanita terdiri daripada :

Pasukan Lelaki : 18 Tahun 15 Tahun 12 Tahun

Pengurus Pasukan: 1 orang
Jurulatih : 1 orang 1 orang 1 orang
Peserta : 4 orang 4 orang 4 orang
JUMLAH 6 orang 5 orang 5 orang

Pasukan Wanita : 18 Tahun 15 Tahun 12 Tahun

Pengurus Pasukan: 1 orang
Jurulatih: 1 orang 1 orang 1 orang
Peserta: 4 orang 4 orang 4 orang
JUMLAH 6 orang 5 orang 5 orang

3.2 Acara Perseorangan

Setiap pasukan dibenarkan menghantar hanya empat (4) peserta lelaki dan empat (4) peserta wanita bagi setiap kategori umur dalam acara perseorangan.

3.3 Bagi kategori 18 tahun dan ke bawah, setiap pasukan dibolehkan mendaftar hanya seorang peserta lelaki dan seorang peserta wanita yang berumur 20 tahun dan ke bawah , mengikut Peraturan Am (3) MSSM.

3.4 Acara Berpasukan

3.4.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar hanya empat (4) orang peserta lelaki dan empat (4) orang peserta wanita dalam acara berpasukan.

3.4.2 Setiap pasukan terdiri daripada empat (4) orang peserta. Jumlah mata tertinggi bagi tiga (3) orang peserta adalah dikira pemenang.

3.4.3 Pasukan yang menghantar kurang dari tiga (3) peserta tidak layak menyertai acara berpasukan.

3.5 Jurulatih bukan di kalangan pegawai pelajaran tidak boleh disenarai sebagai pegawai pasukan. (Rujuk Peraturan Am MSSM 8.1)

3.5.1 Jurulatih luar dibenarkan berada di khemah peserta sahaja.

3.5.2 Jurulatih luar tidak dibenarkan memasuki kawasan pertandingan melebihi dari garisan peralatan (equipment line)









4 SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Setiap peserta dikehendaki memanah kesemua empat (4) jarak yang dipertandingkan sebanyak tiga puluh enam (36) anak panah bagi setiap jarak yang berjumlah seratus empat puluh empat (144) anak panah keseluruhan. Peserta / Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan dikira pemenang.

4.2 Bagi Pusingan Olimpik, peraturan yang digunakan adalah mengikut Peraturan FITA.


5 GELANGGANG / ALATAN

Rujuk Undang-Undang International Archery Federation (FITA).

Bagi kategori 12 tahun dan ke bawah, Undang-Undang International Archery Federation (FITA) Artikel 7.3.2 / 7.3.2.1 adalah diguna pakai dengan pindaan berikut :

5.1. Artikel 7.3.2.1.6. - Semua jenis arrow aluminium boleh digunakan.

5.2. Artikel 7.3.2.1.7. - Semua jenis Finger Protection boleh digunakan


6 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum hari pertandingan.

6.2 Selepas taklimat pengurus, sebarang permohonan / gantian peserta tidak dibenar.


7 MASA MELAPOR DIRI

Setiap pasukan dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua Hakim (Chief Judge) Kejohanan untuk pemeriksaan wajib peralatan pertandingan (Tackle Inspection) pada hari pertandingan.


8. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Sila rujuk Peraturan Am (11) MSSM dibaca bersama Peraturan FITA Rules Book 2 Bab 7.4 dan Bab 7.8


9. BANTAHAN

9.1 Sila rujuk Peraturan Am (12) MSSM.

9.2 Setiap pasukan dibenarkan membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan dibenarkan membuat bantahan.

9.3 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengarah / Pegawai Pertandingan dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan itu tamat. (Berpandukan kepada Undang-Undang FITA, Artikel 150).





10 JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan Am (13) MSSM

11 PENGADIL (HAKIM DAN PEGAWAI PERTANDINGAN)

Hakim-hakim dan Pegawai Pertandingan akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

12 PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN.

Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsirkan segala perkara yang tidak disiarkan di dalam undang-undang / peraturan pertandingan ini dan keputusan yang dibuat adalah muktamad.















Disediakan oleh

JK Teknik & Pembangunan
Sukan Memamanh MSSM, 2005

Dimurnikan pada 21 Mac 2006 dalam Mesyuarat PTPS
Memanah MSSM 2006 di Hotel Kuala Lumpur International

Dimurnikan pada 27 Mac 2007 dalam Mesyuarat PTPS
Memanah MSSM 2007 di Hotel Grand Continental, Kuantan Pahang

Dimurnikan pada 20 Februari 2008 dalam Mesyuarat PTPS
Memanah MSSM 2008 di Hotel MidTown, Kuala Terengganu, Terengganu

No comments:

Post a Comment